Analisis Hadis Perlumbaan Membina Masjid dalam Drama “Tanah Kubur”

Analysis on Hadiths According to Competition of Mosque Building in Drama “Tanah Kubur”

  • Abur Hamdi Usman
  • Mohd Norzi Nasir
  • Ahmad A’toa Mokhtar
  • Bahtiar Mohd Nor
  • Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin
Keywords: Drama, Melayu, Masjid, Adab, Hadis, Sahih

Abstract

The creation of Malay drama is getting a place in the hearts of the people, and almost everybody is watching the drama from childhood until the elderly. Various genres and works are presented to the public until they are mesmerized and play with their emotions. In this regard, this article analyses the scene in the Malay drama that presents the issue of building a magnificent and beautiful Mosque. This issue is rarely discussed by the scholar, while there is a specific hadith that deals with the ban on the construction of a decorated mosque with the purpose of riya’ (insincerity and pretentiousness). By applying the qualitative method, this article reviews on the hadiths used as a supporting argument in the Malay drama. The description includes an analysis of the status of the hadith and the debate of Islamic scholars. The study found that the medium of drama performance was recognised because of its ability to contribute good messages to the Muslim community. In addition, three hadiths representing the discussion are authentic.

ABSTRAK

Pembikinan drama Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat, bahkan hampir semua golongan menonton drama bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas. Pelbagai genre dan karya dipersembahkan dan dipertontonkan kepada masyarakat sehingga terpukau lalu bermain dengan emosi mereka. Sehubungan dengan itu, artikel ini menganalisis babak dalam drama Melayu yang mempersembahkan isu pembinaan masjid yang megah dan cantik. Isu ini agak jarang dibincangkan oleh sarjana, sedangkan terdapat hadis khusus yang membicarakan berkaitan larangan pembinaan masjid berhias dengan tujuan riyak. Dengan menggunakan metode kualitatif, artikel ini menganalisis hadis yang digunakan sebagai hujah penyokong dalam drama Melayu. Huraiannya merangkumi analisis status hadis serta perbahasan pandangan sarjana Islam. Kajian mendapati keberkesanan medium drama diiktiraf kerana kemampuannya dalam menyumbang mesej yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat Islam. Selain itu, tiga buah hadis yang menjadi perbincangan adalah berstatus sahih.