Hadis al-Walad li al-Firāsh wa li al-‘Āhir al-Ḥajar dan Pengaruhnya terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia

al-Walad li al-Firāsh wa li al-‘Āhir al-Ḥajar Hadith and its Effect to the Fatwa of Illegitimate Children’s Inheritance in Malaysia

  • Muhammad Adam Abd. Azid Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Khadher Ahmed Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Malaysia
  • Mohd Khairulnazrin Mohd Nasir Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, 15730, Malaysia
  • Rahim Kamarul Zaman Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, 15730, Malaysia
Keywords: anak tak sah taraf, al-Walad li al-Firāsh wa li al-‘Āhir al-Ḥajar, fatwa, nasab

Abstract

Isu penasaban anak tak saf taraf sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Permasalahan ini juga telah mewujudkan konflik antara institusi-institusi agama di Malaysia terutama institusi fatwa dalam menentukan status anak tak sah taraf tersebut. Secara umumnya, dalam menentukan status anak tak sah taraf tersebut, institusi-institusi fatwa terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang membolehkan anak tersebut dibinkan dengan bapa biologinya, manakala kelompok yang kedua melarang tindakan tersebut. Faktor kepada khilaf ini adalah disebabkan kefahaman mereka yang berbeza terhadap sebuah hadith Rasulullah SAW iaitu al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepelbagaian pemahaman terhadap teks hadith tersebut serta meneliti pengaruhnya terhadap fatwa anak tak sah taraf di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan metode kualitatif melalui kajian perpustakaan untuk mendapatkan data kajian. Hasil kajian mendapati, wujud perbezaan antara para ulama dalam mentafsirkan teks hadith tersebut iaitu: [1] Mentafsirkan berdasarkan zahir teks hadith. [2] Mentafsirkan berdasarkan maqasid daripada teks hadith. Perbezaan tafsiran ini telah mempengaruhi institusi-institusi fatwa di Malaysia dalam mengeluarkan fatwa berkaitan status penasaban anak tak sah taraf.

ABSTRACT

Al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar as a hadith, is the main reference for the conviction of child lineage in Islam. This hadith is the important proposition for Islamic scholars to conclude a hukm regarding child’s lineage status. Likewise, it is also being the main foundation for the fatwa institutions in Malaysia to determine fatwa on illegitimate children. However, khilāf (difference in opinion) about illegitimate children is inevitable, and factorised by different understanding upon the hadith of Rasulullah PBUH, specifically on al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar. Therefore, the purpose of this study is to analyse the variation of understanding to the hadith and to observe its effect to the fatwa of illegitimate children inheritance in Malaysia. This study applied qualitative method by literature review in order to get the research data. This study found two dissensions among Muslim scholars in interpreting the text of hadith, and the interpretations are based on [1] literal meaning of hadith, and [2] maqāṣid (purpose) of the hadith. These interpretations caused the difference of stand between fatwa institutions in Malaysia in issuing fatwa relating to illegitimate children’s inheritance status, either enable the children to be lineage with their biological father or vice versa.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Muhammad Adam Abd. Azid, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan peringkat rendah di SK Kedai Tanjong, Pasir Mas, Kelantan. Setelah itu, beliau meneruskan pendidikan di peringkat menengah di Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2011, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Setelah berjaya memperolehi gelaran Sarjana Muda pada tahun 2016, beliau terus menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di jabatan yang sama. Beliau mengkhususkan penyelidikannya berkaitan dengan bidang hadis dan berjaya memperolehi gelaran Sarjana Usuluddin (Hadith) pada tahun 2019. Pada masa yang sama, beliau turut bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith bermula tahun 2016 sehingga 2019. Sekarang, beliau sedang membuat persiapan untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Beliau juga turut aktif dalam penulisan artikel dan pembentangan hasil penyelidikan dalam seminar-seminar yang dianjurkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasil penyelidikan beliau banyak berkisar berkaitan bidang hadis secara khususnya dan berkaitan bidang pengajian Islam secara umumnya. Beliau boleh dihubungi melalui email: adamsaifulislam@gmail.com

References

‘Abd Allāh, M. (2007). al-Masālik fī Sharḥ Muwaṭṭā’ Mālik. al-Ḥusayn, M., & al-Ḥusayn, A. (Eds). Beirut, Lubnan: Dār al-Gharb al-Islāmiy.

‘Abd Allāh, Y. (1967). al-Tamhīd li Mā fī al-Muwaṭṭā’ min al-Ma‘ānī al-Asānid. Aḥmad, M., & ‘Abd al-Kabīr, M. (Eds.). Maroko: Wizārah ‘Umūm al-Awqāf wa al-Shu’ūn al- Islāmiyyah.

‘Alī., ‘U. (2008). al-Tawḍīḥ li Sharḥ al-Jāmi‘ al-Ṣaḥīḥ. Dār al-Falāḥ li Baḥth al-‘Ilmī wa Taḥqīq al-Turāth (Eds.). Damsyik, Syria: Dār al-Nawādir.

Abū Bakr, M. (1994). Zād al-Ma‘ād fī Hady Khayr al-‘Ibād. Beirut, Lubnan: Mu’assasah al-Risālah.

Ahmad, A.G., & Dahlan, N. H. (2016). Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah. Jurnal KANUN, 28(2), 214-244.

Aḥmad, M. (2001). Tahdhīb al-Lughah. Mar‘ab, M. I. (Ed.). Beirut, Lubnan: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī.

Anon. (2006). Al-Mawsū‘ah al-Fiqahiyyah al-Kuwaytiyyah. Kuwait: Ṭaba‘ al-Wazārah.

Fāris, A. (1986). Mujmal al-Lughah li Ibn Fāris. ‘Abd Muḥsin, Z. (Ed). Beirut: Mu’assasah al-Risālah.

Muḥammad, Y. (1996). al-Ifṣāḥ ‘an Ma‘ānī al-Ṣiḥāḥ. Aḥmad, F. Riyadh, Arab Saudi: Dār al-Waṭan.

Ismā‘īl, M. (2001). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Nāṣir, M. Z. (Ed.). Beirut, Lubnan: Dār Ṭūq al-Najāh.

Ismā‘īl, M. (t.th.). Subul al-Salām. Kaherah, Mesir: Dār al-Ḥadīth.

Ismail, P. (2013). Anak Tak Sah Taraf Dari Perspektif Syariah dan Perundangan Islam di Malaysia. Jurnal Fiqah, 10, 77-90.

Jabatan Mufti Negeri Kedah, 23 Jun 2011. “Fatwa Mengenai Larangan Anak Tak Sah Taraf” dlm. Warta Kerajaan Negeri Kedah (Enakmen Mufti dan Fatwa [Kedah Darul Aman] 2008). Jilid 54, No. 13, hlm. 970.

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis. (2008). “Hukum Menasab Anak Zina Kepada Bapa Zina” (keputusan fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perlis, 16-17 September 2008).

Anon. (2015). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Makram, M. (1993). Lisān al-‘Arab. Beirut, Lubnan: Dār Ṣādir.

Mohamad, Z. (2017). Bayan Linnas Siri Ke-106 : Isu Penamaan “Bin/Binti Abdullah” Kepada Anak Tidak Sah Taraf Oleh Mahkamah Rayuan. Dicapai pada 20 September 2017, http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1714-bayan-linnas-siri-ke106-isu-penamaan-bin-binti-abdullah-kepada-anak-tidak-sah-taraf-oleh-mahkamah-rayuan.

Muḥammad, ‘A., Ibrāhīm, M., & Muḥammad, A. (2011). al-Fiqah al-Muyassar. Riyadh, Arab Saudi: Madār al-Waṭan li al-Nashr.

Muḥammad, ‘U. (1893). Ṭalabah al-Ṭalabah. Baghdad, Iraq: al-Maṭba‘ah al-‘Āhirah.

Muḥammad, I. (t.th). al-Bayān wa al-Ta‘rīf fī Asbāb Wurūd al-Ḥadīth al-Sharīf. al-Kātib, S. (Ed.). Beirut, Lubnan: Dār al-Kitāb al-‘Arabī.

Muḥammad, M. (1979). al-Nihāyah fī Gharīb al-Ḥadīth wa al-Athar. Aḥmad, T., & Muḥammad, M. (Eds). Beirut, Lubnan: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah.

Muḥammad, M. (1993). Al-Mustaṣfā min ‘Ilm al-Uṣūl. ‘Abd al-Salām, M. A. (Ed). Beirut, Lubnan: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Muḥammad, M. (2005). al-Shāfī fī Sharḥ Musnad al-Shāfi‘ī. Sulaymān, A., & Ibrāhīm, A. (Eds). Riyadh, Arab Saudi: Maktabah al-Rushd.

Muṣṭafā, W. (1984). al-Fiqah al-Islāmiy wa Adillatuh. Damsyik, Syria: Dār al-Fikr.

Ramle, R. (2018) Penerangan Fatwa fatwa Perlis Berkaitan Akidah, Ibadah dan Kemasyarakatan. Dicapai pada 6 November 2018, https://www.youtube.com/watch?v=uAN8w9rkHrg.

Sa‘īd, N. (1999). Shamsh al-‘Ulūm wa Dawā’ Kalām al-‘Arab min al-Kulūm. ‘Abd Allāh, H., ‘Alī, M., & Muḥammad, Y. (Eds). Beirut, Lubnan: Dār al-Fikr al-Mu‘āṣir.

Samsudin, S., Fauzi, J., Hasan, A. R., & Ismail, Z. (2015). Peranan Kitab Shuruh al-Hadis dalam Penterjemahan Metafora: Fokus Kepada Kitab Dalil Al-Falihin. HADIS: Jurnal Ilmiah Berwasit, 5(9), 7-20.

Zainul Abidin, M. A. (2008). Menasabkan Anak Kepada Suami Ibu Sekalipun Perkahwinan Kurang Daripada Enam Bulan. Dicapai pada 27 Jun 2018, http://drmaza.com/home/?p=488

Published
2020-06-01
How to Cite
Abd. Azid, M. A., Ahmed, K., Mohd Nasir, M. K., & Kamarul Zaman, R. (2020). Hadis al-Walad li al-Firāsh wa li al-‘Āhir al-Ḥajar dan Pengaruhnya terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia. HADIS, 10(19), 478-486. Retrieved from http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/84
Section
Bahasa Melayu