Kepelbagaian Metod Sanad dan Syajarat al-Asanid di dalm Sahih Muslim

  • SITI MURSYIDAH MOHD ZIN KUIS
Keywords: Imam Muslim, Sanad, Metode, Sahih Muslim, Syajarat al-Asānīd

Abstract

Sahih Muslim merupakan sebuah kitab hadis sahih yang tidak asing lagi malah perbezaan metode penyusunan sanad di dalamnya menjadikan kitab ini sangat unik dalam kalangan sarjana islam. Hadis-hadis di dalam Sahih Muslim di susun dengan metode yang sangat menarik, terutamanya dari segi ringkasan sanad dan turuq hadis kerana ia sangat berbeza berbanding dengan kitab-kitab hadith yang lain. Maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti kepelbagaian metode sanad hadith yang terdapat di dalam Sahih Muslim. Penulisan ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan reka bentuk etnografi. Ia menggunakan dokumen sebagai instrumen kajian dan dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati Imam Muslim mempunyai metode yang tersendiri dalam penulisan sanad dengan menggabungkan para guru beliau dengan kata hubung al-‘Atf. Gabungan ini bertujuan untuk menggabungkan beberapa sanad hadis dengan kaedah wāw al-‘Atf dan al-Tahwil. Justeru secara tidak langsung metode yang di gunakan oleh Imam Muslim ini telah menonjolkan kehebatan para muhadithin di dalam penulisan kitab hadis.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Wahid. 2018.Studi Terhadap Aspek Keunggulan Kitab Sahih Muslim Terhadap Shahih Bukhari. Jurnal Ilmiah Islam Futura Vol. 17. No. 2, 312-326.
Abu Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dzahabi (1954). Tazkirah al-Huffazh. Dairah al-Ma’arif al-‘Uthmaniyyah
Abu Ghuddah Abd al-Fattah (2014). Al-Isnad min al-Din. Maktabah al-Mathbu’at al-Islamiyyah.
Farhah Zaidar Mohammad Ramli, Phayilah Yama, Zainora Daud, Nur Sarah tajul dan Farah Nur Rasyida Rosnan. 2015. Kajian Perbandingan takhrij Hadis di IPT-IPT Malaysia. Geran Penyelidikan Dalaman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Mahmud al-Tahhan. 2011. Taisir Mustolah al-Hadith. Riyadh: Maktabah al-Maa’rif li Nasyar wa al-Tauzi’
Mohamad Hussin, Muhammad Hakim bin Kamal. 2019. Gaya Bahasa ‘Aṭf Dalam Surah Al-Rūm. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 6 Bil 2. m/s 1-16.
Mohd Faiz Hakimi bin Mat Idris, Ishak bin Suliaman, Ahmad Zahid bin Salleh, Sofyuddin bin Yusof, Abdillah Hisham bin Abdul Wahab, Mohd A’Tarahim bin Mohd Razali dan Nor Hafizi Yusof. 2015.Metodologi Imam Muslim Dalam Penyusunan Teks Hadith Dalam Sahihnya. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325 Bil. 10.
Muslim. Imam al-Hafiz Abu al-Hussain bin Muslim bin al-Hujjaj. 1998. Sahih Muslim. Amman, Jordan: Bait al-Afkar al-Daulah.
Nur al-Din Itr .1998. Imam al-Tirmidhiwa al-Muazanah baina Jami’hi wa baina al-Sahihain. Bairut: Muasasah al-Risalah.
Payilah Yama. 2019. Muzaakirah ‘Ilm Takrij al-Hadith. Kajang, Selangor: Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor.
Phayilah Yama, Mohd Norzi bin Nasir, Noor Azli bin Mohamed Masrop, Nur Saadah Hamisan, Abdul Hadi Awang, Acdul Azis Awang Kechik, Siti Azwanie Che Omar dan Nur Liyana Ahmad Nazir. 2017. Perisian Kursus Pemetaan Syajarat al-Asanid dalam Sahih Muslim (Kitab Iman) berasaskan Pembeljaran Mobil ( M-Pembelajaran). Geran Penyelidikan Inovasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Syed Abdul Majid Ghauri. 2012. Kamus Istilah Hadith. Selangor: Dar al-Syakir. Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor.
Syed Abdul Majid Ghauri.2018. al-Ta’rif al-Wajiz bi Manhaj Asyhar al-Musannafin fi al-Hadith. Selangor: Dar al-Syakir. Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor.
Published
2022-12-29
How to Cite
MOHD ZIN, S. M. (2022). Kepelbagaian Metod Sanad dan Syajarat al-Asanid di dalm Sahih Muslim . HADIS, 12(24), 1-8. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i24.174
Section
Bahasa Melayu