Penilaian Kontrastif Terjemahan Kata Nama Khas Terhadap Hadis dalam Kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
Analysis of The Proper Noun Translation of The Contrastive Assessment of The Hadith in The Book of al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
Abstract
Hadis merupakan sumber kedua tertinggi dalam hierarki pengambilan hukum, kefahaman dan pencernaan maksud hadis daripada bahasa Arab perlu difahami dengan jelas sebelum hadis tersebut boleh diangkat sebagai sumber hukum. Dalam konteks karya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam karangan Sheikh Yusuf al- Qardawi melalui tiga buah edisi terjemahan Arab-Melayu didapati terjemahan kata nama khas diterjemahkan dalam maksud dan perkataan yang tidak seragam dengan leksikal perkataan tersebut daripada bahasa sumber, sekaligus menyumbang kepada keberkesanan dan kebolehpercayaan karya terjemahan dipertikaikan. Oleh kerana salah faham terhadap makna perkataan kata nama khas dalam klausa ayat lengkap boleh membawa kepada kesilapan pemahaman hadis, justeru itu kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai kualiti dan ketepatan terjemahan kata nama khas ke dalam bahasa Melayu dalam teks hadis melalui versi terjemahan. Melalui kajian ini penelitian fungsi terjemahan leksikal kata nama dianalisis secara kontrastif berpandukan teori semantik komunikatif bertujuan untuk menilai dan mengukur tahap kecekapan dan kebolehpercayaaan teks sasaran menggunakan teori dan parameter ketepatan terjemahan. Berdasarkan kepada analisis sampel yang dikemukakan didapati teori semantik komunikatif secara umumnya diterapkan dalam ketiga-tiga edisi terjemahan al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Namun hasil daripada sejumlah sampel terjemahan kata nama daripada hadis-hadis tersebut dapat dikenal pasti beberapa terjemahan yang salah dan kurang tepat berlaku dalam ketiga-tiga produk terjemahan tersebut. Dari segi terjemahan yang tidak tepat (mistranslation) 7.5% berlaku pada Percetakan Jahabersa, 10% berlaku pada Pustaka Nasional Singapore dan 13.5% Pustaka Cahaya Kasturi, manakala dari sudut terjemahan kurang (undertranslation)27% berlaku pada Percetakan Jahabersa dan kurang 30% berlaku pada PNS dan 3% PCK. Hasil penelitian ini menyimpulkan hasil terjemahan ketiga-tiga percetakan tersebut memiliki beberapa kekurangan yang boleh dipertingkatkan lagi agar mudah difahami dan dikuasai dengan lebih berkesan tanpa sebarang kecacatan yang ketara.
Downloads
Copyright (c) 2022 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0