ANALISIS TERHADAP HADIS BERKAITAN WANITA DALAM BAḤR AL-MĀDHĪ: MENELITI KONSEP EMANSIPASI WANITA
Abstract
Baḥr al-Mādhī boleh dianggap sebagai salah satu karya agung Melayu Islam yang ditulis oleh Syeikh al-Marbawi (1896-1989) dan telah diterbitkan pada awal abad ke-20. Hadis yang terkandung dalam kitab ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah isu yang berkaitan dengan wanita. Kajian mengenai wanita masih relevan untuk dibincangkan sehingga kini, apatah lagi ia telah dibahaskan berkurun lamanya melalui kitab jawi sama ada secara langsung mahuun tidak langsung. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hadis-hadis berkaitan wanita yang terkandung di dalam Baḥr al-Mādhī serta mengkaji interpretasi penulis terhadap hadis-hadis tersebut. Kajian ini juga meneliti konsep emansipasi wanita melalui hadis Nabawi kerana sejarah telah mencatatkan bahawa kedatangan Islam membawa perubahan yang positif dalam mempertahankan hak-hak wanita. Sebagai kajian kualitatif, metod yang digunakan adalah tematik analisis dan analisis kandungan bagi mengumpul data serta menganalisis hadis berkaitan wanita. Dalam Baḥr al-Mādhī, al-Marbawi telah mensyarahkan 2783 hadis yang membincangkan pelbagai isu dan masalah, namun kajian ini hanya memfokuskan kepada 30 hadis berkaitan wanita dengan melihat smeula status dan intipati kandungan hadis berdasakan tema yang terpilih. Hasil kajian menemukan bahawa penulis memberi sumbangan dalam memperkasa dan menyokong hak-hak wanita sama ada secara halus mahupun jelas dengan menjadikan Islam, iman, dan ihsan sebagai asas pembangunan insan.
Downloads
References
Faisal Ahmad Shah. (2011). Sumbangan Syeikh Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Penentuan Identiti Perawi: Tumpuan Kepada Kitab Bahr al-Madhi. Jurnal Hadis, 1(1): 11-34.
Faisal Ahmad Shah. (2010). Syeikh Mohamed Idris al-Marbawi: Kontribusinya dalam Fiqh al-Hadis. MIQOT: Jurnal Ilmu-ilmu Keislaman, 34(1): 53-69.
Haider, M. Jamal. (2020). Daughters of Eve: Islam and Female Emancipation. Petaling Jaya: The Other Press Sdn. Bhd.
Heriyanto. (2018). Thematic Analysis sebagai Metode Menganalisa Data untuk Penelitian Kualitatif. Anuva: Jurnal Kajian Budaya, Perpustakaan, dan Informasi, 2(3): 317-324.
Kamarul Zaman, R., Che Nordin, M. K. N., Nasir, K., & Abd. Azid, M. A. (2020). Pengurusan Psikologi Kekeluargaan: Penelitian Terhadap Keperihalan Khadījah RA dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī: The Conduct of Family Psychology: A Comprehensive Review of Khadījah RA in Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. HADIS, 10(19), 538-550. https://doi.org/10.53840/hadis.v10i19.82
Khalif Muammar, A. H. & Adibah, M. 2019. Konsep Kesetaraan Gender Menurut Perspektif Islam dan Barat: The Concept of Gender Equality in Islam and the West. Afkar: Jurnal Akidah &Amp; Pemikiran Islam, 21(2), 33–74. https://doi.org/10.22452/afkar.vol21no2.2
Krippendorff, K. (2004). Content Analysis: An Introduction to its Methodology (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.
Al-Marbawi, Muhammad Idris. (1935). Kamus Idris al-Marbawi. Cairo: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Auladuhu.
Al-Marbawi, Muhammad Idris. (n.d.). Baḥr al-Mādhī: Li Syarḥ Mukhtaṣar Ṣaḥīḥ al-Tirmidhī Jilid 1-11. Beirut: Dar al-Fikr.
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2003). The Bahr al-Madhi of Shaykh Muhammad Idris Al-Marbawi: A Preliminary Analysis. Ulum Islamiyyah: The Malaysian Journal of Islamic Sciences, 2(1), 61–80.
Muhd Norazam Nordin, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Fatimah Nadirah Mohd Noor & Azmi Budin. (2018). Sumbangan Syeikh Mohamed Idris al-Marbawi dalam Dakwah Islamiyyah di Malaysia. Jurnal Maw’izah, 1(2), 15–26.
Nur Saadah Hamisan@Khair. (2019). Tradisi Misogini dan Anti-Wanita dalam Hadis: Isu dan Analisis. Inspirasi ke Arah Matlamat Pembangunan Mapan, 77-96. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia.
Nur Saadah Hamisan @ Khair & Nor Aniza Mad Azeri. (2021). A Review on Issues Concerning Women in the Malay Scholars’ Writings of the Twentieth Century. International Journal of Advaced Research in Education and Society, 3(1), 1–8.
Nur Saadah Khair (2020, November 23). Memahami Konsep Emansipasi Wanita. Bernama Online, akses pada (20 Mac 2021) daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1903091
Copyright (c) 2023 HADIS

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Upon acceptance of an article, Authors will be asked to transfer copyright. This transfer will ensure the widest possible dissemination of information. A notification will be sent to the corresponding Author confirming receipt of the manuscript.
If excerpts from other copyrighted works are included, the Author(s) must obtain written permission from the copyright owners and credit the source(s) in the article.
Also, this work is licenced under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0